fbpx
Gambar hiasan

4.6 juta individu sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seramai 4,688,233 individu telah menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba melalui Twitternya berkata, daripada jumlah itu seramai 3,275,194 menerima dos pertama manakala 1,413,039 lengkap menerima dos kedua.

Sehingga semalam, 59 peratus atau 13,811,642 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,510,783 orang.

Pemberian vaksin kini memasuki fasa kedua dan dilaksanakan bermula April hingga Ogos ini membabitkan kira-kira 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan serta orang kurang upaya (OKU). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN