fbpx

Identiti calon isteri Haqiem Rusli disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR kanan. Gadis yang dipercayai kekasih, sekali gus calon isteri Haqiem Rusli.

SEJAK akhir-akhir ini, kecoh juga dalam media sosial mengenai spekulasi tentang identiti bakal isteri Haqiem Rusli.

Banyak versi cerita yang Diva dengar. Terbaharu, tular foto seorang wanita dalam media sosial yang didakwa bakal isteri Haqiem.

Bahkan, netizen juga turut menemukan nama ibu Haqiem, iaitu Nazrah Nordin juga pernah meninggalkan komen dengan emoji senyum dalam Instagram gadis terbabit.

Sama ada kebetulan atau disengajakan, peminat sudah membuat spekulasi sendiri.

Sehingga kini masih tiada sebarang penafian daripada pihak Haqiem mahupun wanita berkenaan.

Namun, jika benar, memang sama cantik sama padan pasangan itu. Sabarlah peminat semua, Haqiem pasti akan umumkan siapa bakal isterinya nanti.

DIVA: Ayda Jebat sentap sebab peminat mempersoalkan usia kandungannya. Pesan Diva, buat-buat bodoh sajalah Ayda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI