fbpx

NUBE gesa percepat suntikan vaksin petugas bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
J. Solomon

PETALING JAYA – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) menggesa kerajaan mempercepatkan suntikan vaksin kepada kakitangan sektor perbankan kerana mereka merupakan antara petugas barisan hadapan.

Setiausaha Agung NUBE, J Solomon berkata, mereka terkilan kerana sehingga kini pekerja perkhidmatan perbankan masih belum mendapatkan suntikan vaksin walaupun permohonan telah dikemukakan sejak Mac lalu.

“Persatuan Bank-Bank Komersial Malaysia telah menulis surat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan pihak kami telah dimaklumkan tentang persetujuan MOSTI untuk memberi pertimbangan terhadap permintaan kami.

“Pihak kami juga telah menulis surat pada Mei lalu dan kami dimaklumkan bahawa permintaan tersebut sudah dimaklumkan kepada Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada maklum balas daripada kementerian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa menghargai inisiatif yang dilakukan kerajaan dalam mengendalikan program vaksinasi dan mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Sekali lagi kami menegaskan bahawa pihak kami bersedia untuk memberikan kerjasama dan sokongan ke atas program vaksinasi yang sedang dijalankan kerajaan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI