fbpx
HONOR menawarkan jam dan gelang pintar pada harga menarik.

HONOR tawar kempen jualan pertengahan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyedia peranti pintar terkemuka global, HONOR menganjurkan jualan pertengahan tahun dengan menawarkan pelbagai produk dengan harga tawaran menarik sehingga 30 Jun ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan semalam, ganjaran bernilai RM400 akan diberikan kepada pelanggan yang membeli komputer riba, jam tangan pintar dan juga gelang pintar melalui wakil penjual syarikat terpilih.

Menurutnya, bagi pembelian komputer riba HONOR MagicBook 15, pembeli akan menikmati ganjaran bernilai sehingga RM400 yang merangkumi baucar bernilai RM100, beg galas, tetikus wayarles Bluetooth dan kotak hadiah HONOR.

Ganjaran bernilai sehingga RM228 turut menanti pembeli HONOR MagicBook Pro yang akan mendapat rebat segera RM80 bersama beg galas HONOR serta tetikus wayarles Bluetooth.

Mengenai jam tangan pintar, HONOR MagicWatch 2 Charcoal Black dan HONOR MagicWatch 2 Flax Brown pula, masing-masing diberikan potongan sebanyak RM80.

“Rebat sebanyak RM50 turut diberikan untuk HONOR Ma­gicWatch 2 Agate Black,” jelasnya.

Selain itu, bagi gelang pintar, HONOR Band 6 yang memiliki skrin lebih besar, pengecasan pantas dan bateri tahan lama, ditawarkan pada harga selepas diskaun sebanyak RM169 sahaja.

Menurut kenyataan syarikat, berbanding generasi sebelum­nya, saiz skrin HONOR Band 6 148 peratus lebih besar iaitu 1.47 inci AMOLED dengan resolusi 368X194.

“Gelang pintar ini turut dilengkapi 10 mod senaman, sensor enam paksi serta ciri lain seperti mengawasi degupan jantung selama 24 jam, mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2) dan mengawasi kitaran haid,” terangnya.