fbpx

Barcelona lelong pemain utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRIEZMANN perlu bersedia untuk mengurangkan gaji yang diterimanya ketika ini jika mahu terus kekal di Camp Nou. – AFP

BARCELONA – Gergasi bola sepak Sepanyol, Barcelona dilaporkan berdepan masalah kewangan yang agak meruncing menyebabkan mereka membuat keputusan bersedia melepaskan 17 pemain skuad utama mereka.

Bagaimanapun, Presiden Barcelona, Joan Laporte dilaporkan menyenaraikan lima pemain yang akan terus kekal bersama pasukan itu dan tidak akan dijual serta enggan melayan sebarang tawaran melibatkan mereka.

Pandemik Covid-19 benar-benar memberikan kesan kepada kelab itu ketika mereka hilang sumber pendapatan melalui kutipan tiket, pas bermusim dan beberapa lagi sumber yang menjadi nadi kekuatan mereka sebelum ini.

Laporan menyebut, mereka bersedia untuk melepaskan khid­mat tiga pemain utama pada jendela perpindahan musim panas ini iaitu Philippe Coutinho, Miralem Pjanic dan Samuel Umtiti.

Mereka juga tidak mahu lagi menyimpan pemain yang gagal menyerlah seperti Junior Firpo, Martin Braithwaite dan Matheus Fernandes yang sudah dibenarkan untuk mencari kelab baharu.

Selain itu, Barcelona juga akan memberikan peluang kepada Sergio Busquets, Jordi Alba, Sergi Roberto, Clement Lenglet dan Antoine Griezmann untuk kekal jika mereka bersedia mengurangkan jumlah gaji tetapi sekiranya mereka tidak bersetuju, khidmat mereka juga akan dilepaskan.

Enam lagi pemain mereka, Ousmane Dembele, Sergino Dest, Gerard Pique, Riqui Puig, Francisco Trincao serta Emerson Royal juga perlu bersedia menerima gaji yang lebih rendah atau berada dalam senarai pemain yang akan dijual.

Bagaimanapun, mereka menamakan lima pemain yang tidak akan dijual adalah Lionel Messi, Ronald Araujo, Ansu Fati, Pedri dan Frenkie De Jong.

Barcelona berjaya mendapatkan khidmat dua pemain Manchester City, Sergio Aguero dan Eric Garcia secara percuma selepas mereka bebas daripada kontrak.

Mereka juga dilaporkan turut memburu beberapa lagi pemain termasuklah Memphis Depay, Raheem Sterling dan pemain pertahanan Valencia Jose Manuel Gaya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI