fbpx

Pemandu Toyota Vellfire mabuk rempuh SJR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta suspek selepas melanggar kon SJR di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu di sini semalam.

GEORGE TOWN – Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire ditahan polis selepas merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke Bayan Lepas di sini malam semalam.

Lelaki berusia 57 tahun yang bekerja sebagai peniaga itu diberkas sepasukan polis sejurus kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam.

Semasa kejadian, lelaki terbabit yang dipercayai sedang mabuk bertindak melanggar kon keselamatan pertama sebelum diseret sehingga ke tepi khemah SJR.

Ketika kejadian, terdapat seramai 15 anggota bertugas terdiri anggota polis, Angkata Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah namun mempunyai 38 saman trafik lampau yang telah dijelaskan.

“Hasil ujian alkohol mendapati suspek memandu dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol dan telah melebihi had bacaan yang dibenarkan.

“Tangkapan kini direman selama dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988 serta Seksyen 26(2) Akta Polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan juga akan dijalankan mengikut Seksyen 45(A)(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI