fbpx

907 individu ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 907 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 877 individu dikompaun, 28 direman, manakala dua lagi dijamin.

Menurut beliau, antara kesalahan direkodkan tidak memakai pelitup muka (208) dan gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (148).

“Kesalahan lain rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis (147), tiada penjarakan fizikal (123) dan tidak patuh arahan kawalan pergerakan (81).

“Membawa penumpang berlebihan (79), aktiviti pusat hiburan (28), premis gagal patuhi arahan (10) dan lain-lain (83),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan, dari 1 sehingga 9 Jun 2021 sebanyak 268 buah kilang diperiksa bagi memastikan tiada pelanggaran SOP.

Kata beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 75 buah kilang dikenakan kompaun, manakala 59 lagi diarahkan tutup. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI