fbpx
Sebahagian pengamal media Kelantan yang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.

31 pengamal media Kelantan terima suntikan vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seramai 31 pengamal media negeri ini yang merupakan ahli Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama hari ini.

Proses suntikan yang bermula pada pukul 9 pagi itu berlangsung di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Seorang jurugambar, Zulkarnain Kamaruddin, 48, mengakui teruja menerima suntikan vaksin pertama.

Menurutnya, suntikan itu merupakan salah satu penghargaan oleh kerajaan buat warga media yang merupakan salah satu kumpulan barisan hadapan.

“Secara jujurnya, pihak media terdedah kepada jangkitan apabila turun ke lapangan terutamanya di kawasan berisiko tinggi Covid-19 bagi membuat liputan.

“Dengan suntikan ini, kami menjadi lebih yakin untuk membuat laporan berita kepada masyarakat selepas ini,”katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Sementara itu, pemberita dari sebuah akhbar berbahasa Cina, Soon Xue Ning, 34, memberitahu, dia amat berterima kasih kepada kerajaan apabila prihatin dengan luahan hati pihak media yang masih belum menerima vaksin.

Katanya, keperihatinan itu membuatkan pengamal media di Kelantan khususnya lebih bersemangat untuk menyajikan berita-berita rakyat khususnya berkaitan situasi Covid-19 ketika ini.-K!ONLINE

POPULAR