fbpx

12 maut pesawat tentera Myanmar terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bangkai pesawat tentera Myanmar yang terhempas di Pyin Oo Lwin. – Kementerian Informasi Myanmar

YANGON, MYANMAR – Seramai 12 orang terbunuh dalam satu nahas pesawat tentera yang terhempas di wilayah Mandalay, Myanmar pagi ini ekoran cuaca buruk, kata seorang jurucakap junta.

Pesawat tersebut yang membawa enam kru serta lapan penumpang berlepas dari bandar Naypyidaw pagi ini dan menuju ke Pyin Oo Lwin.

“Pesawat itu terputus hubungan apabila berada pada jarak 400 meter dari sebuah kilang besi berhampiran lapangan terbang di Mandalay,” kata jurucakap junta, Zaw Min Tun dalam satu kenyataan.

Satu pasukan menyelamat dikerahkan ke lokasi nahas untuk menyelamatkan dua orang penumpang yang telah dikejarkan ke hospital tentera berdekatan.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai penumpang yang terkorban, selain anggota kecemasan masih berada di lokasi kejadian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI