fbpx

Sasar 610,100 penduduk di Kinta terima vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Seramai 610,100 penduduk di daerah Kinta disasarkan untuk menerima suntikan vaksin menjelang Disember ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang giat dijalankan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, sehingga Mei lalu, sehingga Mei lalu seramai 39,760 penduduk atau 6.53 peratus telah menerima suntikan tersebut.

Mohd. Akmal

Menurut beliau, kerajaan Perak pada masa ini sedang menggandakan kadar imunisasi Covid-19 di negeri ini khususnya di daerah Kinta.

“Pelaksanaan perkhidmatan pusat pemberian vaksin (PPV) secara pandu lalu pertama di negeri ini di Stadium Indera Mulia bermula esok akan membantu usaha meningkatkan jumlah penerima vaksin Covid-19 di daerah Kinta.

“Penerima vaksin dos kedua, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan penerima agensi secara kelompok merupakan mereka yang terlibat dalam PPV secara pandu lalu ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI