Ashraf kini sedang menjalani rawatan selepas mengalami sejenis masalah otot yang dipanggil acromioclavicular pada bahagian bahu dan sikunya.

Otot bahu saya kecut akibat Covid-19 – Ashraf Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Ashraf Muslim kini berdepan masalah pada otot bahunya kesan daripada jangkitan virus Covid-19 yang pernah menyerangnya pada April tahun lalu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, pelakon berusia 40 tahun itu mendedahkan bahawa dia kini sedang menjalani rawatan selepas mengalami sejenis masalah otot yang dipanggil acromioclavicular pada bahagian bahu dan sikunya.

“Ini semuanya kesan Covid-19. Tapi saya reda sahajalah. Hari ini kena buat rawatan bahu sebab ada masalah acromioclavicular (AC). Sebelum ini kena skapula (tulang belikat). Lepas baik, scapula kena pula AC,” jelasnya.

Ujar pelakon drama Ada Apa Dengan Dosa itu lagi, dia memberitahu bahawa rasa sakit pada bahagian bahu itu dialaminya ketika menjalani rawatan dan kuarantin ketika dijangkiti Covid-19.

“Doktor pernah bertanya sama ada saya pernah mengalami kecederaan seperti hentakkan atau tidak. Tapi saya kata tidak pernah dan sakit itu datang tiba-tiba ketika saya dijangkiti Covid-19.

“Katanya ada dua kemungkinan yang boleh terjadi sama ada disebabkan hentakkan yang kuat atau disebabkan virus. Kesannya, otot kawasan itu mengecut,” katanya.

Ujar Ashraf, masalah kesakitan pada otot bahu yang dialaminya merupakan kesan sampingan sahaja. Masalah utama yang dialaminya terjadi disebabkan otot menjadi kecut selepas terkena jangkitan virus sehingga menyebabkan sendi menjadi terbuka.

Jelas pelakon itu lagi, virus Covid-19 telah masuk ke dalam darahnya dan bertindakbalas sehingga menyebabkan otot bahunya mengecut dan terasa sakit.

“Apa yang saya perasan, saya seorang yang kuat bersukan dan telah biasa mengalami kecederaan ketika bermain rugby, hoki dan bola keranjang.

“Tetapi apabila sudah berusia, mungkin ada bahagian tubuh badan yang pernah tercedera, jadi virus tersebut senang buat kerja (menjangkiti) bahagian tersebut,” jelasnya.

Ekoran masalah kesihatan yang dialaminya itu, Ashraf bagaimanapun reda dengan ketentuan Allah SWT kerana dia percaya semua itu satu peringatan agar sentiasa mengingati Tuhan.

Terdahulu, Ashraf pernah disahkan positif Covid-19 pada April lalu selepas pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama pelakon Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN