fbpx

Lelaki dikompaun langgar SOP, serang polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengawal jalan masuk ke Kampung Baru Bentong yang merupakan salah satu lokaliti pelaksanaan PKPD di daerah Bentong. -GAMBAR HIASAN

BENTONG – Tindakan empat lelaki yang bertindak ‘samseng’ memaki dan menyerang polis selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) membawa padah apabila mereka ditahan dan dikenakan kompaun masing-masing RM5,000 di Taman Desa Damai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu empat lelaki tempatan daripada kawasan perumahan berlainan berkenaan sedang berkumpul tanpa penjarakan fizikal sambil dipercayai minum minuman beralkohol.

“Ketika pemeriksaan dijalankan dua daripada mereka bertindak agresif dan melontarkan kata-kata kesat serta enggan memberi kerjasama dengan tidak mahu mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis.

“Salah seorang suspek juga cuba mencederakan seorang pegawai polis wanita di lokasi kejadian tetapi berjaya dihalang,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Zaiham, susulan kejadian keempat-empat lelaki berumur 20 hingga 28 tahun itu ditahan reman selama empat hari bermula semalam.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan dikompaun di bawah Peraturan 17 (1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI