fbpx

Ibu menyamar jadi anak uji kawalan keselamatan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Garcia berpakaian seperti remaja dan menyelinap masuk ke sekolah anaknya bagi menguji kawalan keselamatan di situ. - YouTube

AUSTIN, Texas – Seorang wanita terpaksa membayar ikat jamin AS$7,908 (RM32,580) atas kesalahan menyamar sebagai anaknya dan menghadiri sesi persekolahan, lapor akhbar New York Post, kelmarin.

Tindakan itu dibuat bagi membuktikan bahawa kawalan keselamatan di sebuah kawasan sekolah di San Elizario tidak menyakinkan dan perlu diperketatkan.

Casey Garcia, 30, menyamar sebagai anaknya yang berusia 13 tahun dengan berpakaian seperti remaja dan hadir ke sekolah serta mengikuti sesi pembelajaran namun tiada siapa yang menyedari kehadirannya.

Menurut Garcia, tiada siapa menegur kehadirannya dalam kawasan sekolah dan menganggapnya sebagai pelajar.

“Tiada siapa menyedari bahawa saya bukan pelajar dan saya menghadiri sesi pembelajaran hingga tamat.

“Ini menunjukkan kawalan keselamatan di sekolah ini sangat longgar atau mungkin saya memang kelihatan seperti seorang pelajar gred tujuh,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik ke laman YouTube.

Namun siri ‘siasatan’ Garcia berakhir dengan seorang anggota polis yang curiga dengan kelakuannya telah menahan dan membongkar identiti sebenar wanita itu.

Dia dituduh atas kesalahan berkelakuan mencurigakan, menceroboh dan merosakkan rekod pemerintah, menurut laporan saluran televisyen CBS 12.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI