fbpx

Gambuh Menyanyi perjuangan ‘Melayu’ MonoloQue

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMI kelangsungan budaya, Loque mempersembahkan semula lagu Gambuh Menyanyi versi moden menerusi kerjasama Orkes Gamelan Pahang.

BAGAIKAN kersani, muzik gambuh juga mahu teguh dan tidak gugur walau dibadai arus kemodenan. Umum tahu, dramatari tradisional yang diperkenalkan Zaman Kesultanan Majapahit dan berasal dari Bali, Indonesia tersebut kini menjadi antara kesenian paling lama berdiri di atas muka bumi.

Di Tanah Melayu misalnya, Gambuh Menyanyi merupakan sebuah lagu repertoir joget dalam gamelan Melayu.

Sebagaimana tarian gambuh yang terus bergerak di Bali, vokalis MonoloQue iaitu LoQue mahu karya berkenaan terus diden­dangkan dalam arus kesenian tanah air

Katanya, daripada 77 karya repertoir joget gamelan Melayu, kini hanya tinggal 33 buah lagu yang masih diingati.

“Itu pun, hidup segan mati tak mahu. Jadi, mana yang ada ini, eloklah dihargai. Tak mahu berlakunya tragedi hilangnya khazanah seni,” jelas Loque.

Daripada 33 lagu joget gamelan Melayu sedang dimakan usia tersebut, satu daripadanya ialah Gambuh Menyanyi.

Loque mengambil inisiatif menghimpunkan pelbagai repertoir joget gamelan berkenaan dengan memberi suntikan moden menerusi album berkembar MonoloQue yang berjudul Lagu Perang-Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke-21.

Usaha tersebut dilakukan agar tradisi dapat terus dikekalkan.

Untuk lagu Gambuh Menyanyi contohnya, LoQue telah mengubah suai lirik asalnya agar berkait rapat dengan kehidupan masyarakat era kini seperti perlumbaan kerjaya, hidup di lebuh raya dan sendirian di kota.

Nadi lagu berkenaan merupakan gamelan Melayu yang dimainkan oleh Orkes Gamelan Pahang Diraja dengan menggunakan nuansa yang dibawa dari Kerajaan Riau-Lingga ke Pahang lebih 200 tahun lalu.

LOQUE berharap lagu-lagu joget gamelan Melayu akan kekal sehingga ratusan tahun lagi.

Modernisasi, tidak mati

Menariknya, penghasilan album berkenaan merupakan buah fikiran Pengarah Muzium Negeri Pahang iaitu Datuk Farid Abdul Jalal sejak 10 tahun lalu.

Farid sebelum ini tertarik dengan penggunaan alat muzik gamelan dalam album berkenaan sebelum kemudiannya mencetuskan idea agar bunyian gamelan Melayu kekal relevan buat masyarakat pada hari ini supaya terus dikenali.

Dia mahu bunyi tersebut bergerak selari dengan modernisasi seiring tradisi berharga berkenaan tidak mati ditelan zaman.

Gambuh Menyanyi kini tersedia secara rasmi menerusi platform digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer dan Tidal bermula 4 Jun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI