fbpx

Diamond Gold Beauty sasar jualan 50,000 unit sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Diamond Gold Beauty, pengeluar barangan penjagaan kecantikan berjenama Diamond Gold, mengunjurkan jualan produk popularnya iaitu Set Trial 5 in 1 Advance akan mencecah kepada 50,000 set sebulan pada tahun ini.

Pengasas syarikat, Nur Nazirah Aleeya Mohd. Nazrul berkata, produk yang telah berada di pasaran sejak tahun 2016 itu mencatat jualan kira-kira 30,000 unit setiap bulan.

Menurutnya, produk yang membantu meningkatkan tahap kesihatan kulit wajah lebih muda daripada usia sebenar itu telah mendapat pelbagai testimoni positif daripada pelanggan bukan sahaja wanita tetapi juga daripada golongan lelaki.

“Dengan menggunakan Set Trial 5 in 1 yang terdiri daripada krim rawatan, serum vitamin E, krim malam, krim siang dan sabun muka, ia akan dapat membantu menghilangkan garis halus di bawah mata, malah melambatkan proses penuaan.

“Selain itu, ia juga dapat membantu mencerahkan wajah, menghilangkan parut jerawat dan membuatkan kulit wajah lebih bersinar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Nur Nazirah menjelaskan, selain produk penjagaan kecantikan, syarikat turut menawarkan produk daripada segmen penja­gaan kesihatan badan seperti losyen, skrab dan bedak asas daripada segmen kosmetik.

Produk yang dibangunkan melalui kajian dan pembangunan yang teliti serta dihasilkan daripada kilang bertaraf amalan perkilangan baik di samping mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan itu dijual antara RM65 hingga RM130.

Menurut beliau, perniagaan secara online menyumbang kepada perolehan jualan yang bertambah dari semasa ke semasa selain disokong oleh komitmen stokis dan pengedarnya di seluruh negara.

“Buat masa ini, kami memiliki lebih daripada 300 pengedar dan stokis serta bercadang mahu menambah lagi bilangan tersebut bagi meningkatkan hasil jualan pada masa depan.

“Menceburi bidang perniagaan bersama Diamond Gold, bakal menawarkan peluang untuk menambah pendapatan bulanan bagi mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Rata-rata usahawan yang berjaya di bawah bimbingan syarikat asalnya, hanya seorang suri rumah yang menggunakan produk terlebih dahulu, selepas berkesan pada diri masing-ma­sing, maka bermulalah dari situ, kumpulan wanita ini berdikit-dikit mula menceburi bidang perniagaan.

“Mereka akan be­kerjasama dalam satu kumpulan dan usaha tersebut telah membolehkan kumpulan berkenaan berjaya menjana pendapatan sehingga RM200,000, tetapi untuk individu pula, ada yang berjaya mencatat rekod sehingga RM30,000.

Tambah beliau, berdasarkan kejayaan tersebut, tahun sebelum berlakunya pandemik Covid-19, mereka telah diraikan dalam satu majlis dan menerima pelbagai hadiah dan ganjaran atas hasil titik peluh mereka sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI