fbpx

Mahu Bombola Facial Mist ada di setiap rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Platform PKS

PETALING JAYA – Pengalaman susah dan senang menghadapi hari mendatang untuk mengejar cita-cita dan impian menjadi seorang yang berkerjaya atau menjadi usahawan berjaya adalah guru terbaik dalam hidup seseorang itu.

Bagi Pengasas Bombola Global Sdn. Bhd., (Bombola Global), Nordiyana Mat Noh, pengalaman berhijrah dari kampung di Kuala Ketil, Kedah dengan berbekalkan duit belanja RM200 sehingga terpaksa berjimat dengan hanya makan biskut kering dan air kosong telah menjadikan beliau sebagai salah seorang warga kota yang kental menghadapi pelbagai cabaran getir.

Pelbagai kerja yang dilakukan demi sesuap nasi kerana bagi dirinya, ‘ada kerja ada gaji’ sehingga menyebabkan beliau jatuh sakit.
Prihatin dan simpati atas na­sibnya, seorang rakan telah mem­bantu beliau mendapat pe­kerjaan di hotel dengan gaji tetap.

Melalui ikhtiar hidupnya, anak penoreh getah itu kemudian mampu memperbaiki taraf hidupnya dengan menyewa sebuah rumah.

Namun, anggapan negatif orang kampung terhadap kerjayanya itu membuatkan beliau akur dengan pesanan ibu untuk mengubah nasib dengan be­kerja di bank sete­rusnya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej swasta.

“Kemudian saya ditawarkan bekerja de­ngan sebuah syarikat pelaburan yang berpangkalan di Eropah dengan tawaran gaji yang sangat lumayan.

“Ketika itu saya berumur 26 tahun dan terlalu muda bagi saya untuk me­nerima gaji lima angka, tetapi itulah pencapaian hasil kerja gigih saya selama ini.

“Namun, kekhilafan kerana lupa tanggungjawab pada diri, keluarga dan Allah telah membuatkan saya tidak berasa tenang sehingga menghadapi kemurungan yang teruk.

“Selama enam bulan saya menghadapi masalah insomnia yang kronik, tetapi ramai rakan-rakan cuba menghubungi saya untuk membantu,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Secara perlahan-lahan, anak bongsu daripada sembilan adik beradik itu mula berusaha memperbaiki kesilapannya dengan mengubah cara hidup, menaikkan semangat dan seterusnya mencari ikhtiar untuk melangkah semula dalam dunia pekerjaannya.

Pengalaman lalu dalam bidang pelaburan, pemasaran dan peruncitan membuatkan beliau memilih untuk membangunkan syarikatnya sendiri pada tahun lalu.

Berbekalkan modal yang di­simpannya semasa be­kerja se­mula di sebuah syarikat pelaburan selama tujuh tahun selepas pulih daripada penyakit kemurungannya itu membo­lehkan, Bombola Global mula beroperasi di Damansara Damai dekat sini.

“Saya memilih untuk berniaga bagi membantu orang lain menjana pendapatan sendiri melalui peluang menyertai syarikatnya sebagai stokis, pengedar atau dropship.

“Ramai kawan-kawan yang bekerja di hotel, mengadu bahawa mereka terpaksa dibuang kerja kerana pandemik Covid-19, jadi inilah peluang saya membantu mereka mencari pendapatan baharu,” jelasnya.

Tambah beliau, kini Bombola Global memiliki seramai 15 ejen di seluruh negara dan kini sedang menawarkan pakej promosi menarik untuk usahawan baharu menceburi bidang perniagaan ber­kenaan.

Mengulas lanjut Nordiyana memberitahu, produk sulung­nya, Bombola Facial Mist telah diperkenalkan pada pertengahan bulan Mac lalu.

Antara kelebihan produk berkenaan adalah membantu melembap dan menyegarkan kulit muka serta me­ngawal pH kulit.

Produk yang dijual pada harga RM28 itu juga merupakan antara produk face mist pertama yang diperkenalkan di pasaran kerana membantu membunuh kuman dan dapat menenangkan kulit daripada kegatalan serta kerengsaan.

Tambah beliau, meman­dangkan negara masih berdepan dengan krisis kesihatan, syarikat memberi lebih tumpuan kepada jualan secara online dan sambutan daripada pe­langgan sangat menggalakkan kini.

Berdasarkan testimoni positif daripada pelanggan sedia ada telah membolehkan syarikat meningkatkan aktiviti promosi kepada kumpulan sasarannya untuk menambah jualan pada masa depan.

“Kami mengunjurkan jualan sehingga 20,000 botol sebulan pada tahun ini,” terangnya.

Menjawab soalan tentang pe­rancangan masa depannya, Nordiyana mahu menjadikan misi Bombola Facial Mist sebagai produk wajib yang perlu ada di setiap rumah di negara ini.

Menurut beliau, produk ber­kenaan memiliki fungsi yang pelbagai bagi membantu me­ningkatkan tahap kesihatan kulit sehingga sesuai di sapu pada kulit bayi.

“Saya juga mahu produk ini bakal menembusi ke peringkat antarabangsa dengan sasaran awal ke rantau Asia Tenggara.

“Selain itu, syarikat juga mahu memperkenalkan beberapa rangkaian produk baharu secara berperingkat pada masa depan de­ngan segmen penjagaan diri dan juga dalaman akan dilancarkan tidak lama lagi,” terang beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI