fbpx

Haqiem Rusli rahsiakan dulu identiti calon isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAQIEM RUSLI

ALUNAN vokal dalam setiap dendangannya yang bagaikan bisikan cinta mendayu-dayu menjadi antara tarikan Haqiem Rusli hingga mampu mengumpul pengaruh besar.

Angka 1.3 juta pengikut dalam laman sosial sebagai bukti anak muda berusia 23 tahun itu mempunyai kelompok peminat tegar yang setia berada di belakangnya.

Kelab peminatnya, Qiemilio antara sumber kekuatan yang tidak jemu menyuntik kata-kata semangat, terutama saat komposer juga penyanyi muda itu diasak kontroversi.

Itu juga antara reaksi sebahagian besar peminatnya saat Haqiem membuat membuat kejutan pengumuman mahu mendirikan rumah tangga akhir tahun ini. Reaksi positif peminat tanda merestui keputusan berkenaan.

Biar ada dalam kalangan gadis patah hati, selain segelintir pula meragui keputusannya berkahwin muda, Haqiem nyata bertuah dikelilingi orang yang menyayanginya.

Pemilik nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli serius untuk mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan hati, bahkan yakin mampu menunaikan tanggungjawab sebagai suami.

HAQIEM mengakui, sudah dua tahun saling mengenali hati budi calon isterinya.

Usia

Katanya, tiada istilah terlalu muda untuk berkahwin dan menjaga anak orang lain kerana menganggap kematangan seseorang bukan diukur daripada usia.

“Memang ketika mengumumkan mahu berkahwin, saya sudah berbincang dengan ibu bapa saya dan orang tua kekasih. Mereka bagi persetujuan untuk saya umumkan.

“Biarpun secara spontan, saya sudah fikirkan masak-masak perkara tersebut beberapa hari sebelum dikongsikan menerusi Instagram. Orang kata saya masih muda, tetapi saya tahu, saya mampu galas amanah ini.

“Perkongsian itu diharapkan dapat meleraikan kemusykilan ramai yang kerap bertanyakan mengenai gadis yang bertakhta dalam hati saya.

“Pengumuman itu juga bukan main-main, sebaliknya sebagai tanda keseriusan untuk menjadikan si dia sebagai suri hidup,” kongsinya yang memilih waktu sekitar pukul 2 pagi, dua minggu lalu untuk membuat kejutan pengumuman hasrat mahu menamatkan zaman bujang.

Lebih dikenali sebagai selebriti yang cukup kemas menyimpan kisah peribadi, pemberitahuan tiba-tiba Haqiem sempat disifatkan satu gurauan oleh segelintir pihak.

PERCAYA rezeki dan popularitinya akan terus bertahan biarpun sudah mempunyai kekasih dan bakal bergelar suami orang tidak lama lagi.

Indentiti

Jelas Haqiem lagi, tanpa pengetahuan banyak orang, setakat ini, ibu bapa kedua-dua pihak sudah bertemu dan mengadakan perbincangan bagi memperincikan urusan pernikahan.

Bagaimanapun, disebabkan pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka menetapkan akhir tahun untuk dilangsungkan.

“Ikutkan kami mahu mempercepatkan tarikh tetapi beberapa urusan seperti borang-borang, ujian darah dan sebagainya, jadi Disember ialah masa paling sesuai.

“Tetapi kalau segala urusan lancar, kami tak kisah disegerakan. Lagi pun kami sempat menghadiri kursus perkahwinan bersama-sama tahun lalu iaitu sebelum PKP yang pertama.

“Kalau boleh tentu kami ingin hari bahagia itu nanti mengikut adat, bermula dengan acara merisik dan bertunang sebelum diijab kabul,” katanya.

HAQIEM menyifatkan keperibadian si kekasih menjadi faktor utama yang membulatkan hatinya untuk beralih fasa menjadi seorang suami.

Ditanya sama ada calon isteri merupakan rakan kongsi restoran yang diusahakan, Haqiem sekali lagi menegaskan hanya akan memperkenalkan pemiliknya hati itu pada hari pernikahan nanti.

Katanya, perkara tersebut juga merupakan kemahuan gadis itu sendiri yang lebih selesa tidak dikenali sehingga mereka sah bergelar suami isteri.

Selain restu orang tua, Haqiem menyifatkan keperibadian si kekasih menjadi faktor utama yang membulatkan hatinya untuk beralih fasa menjadi seorang suami.

“Sepanjang dua tahun perkenalan, dia sentiasa di sisi saya, dalam susah dan senang.

“Lebih utama dia menerima baik dan buruk saya. Keikhlasannya tanpa syarat.

“Biarlah begini. Bukan saya sengaja sorok dia. Dia sendiri yang lebih selesa begini sebab belum sampai masa lagi untuk diperkenalkan.

“Cukuplah keluarga saya mengenalinya dan kedua-dua belah pihak mengetahui perhubungan kami,” tutupnya.

HAQIEM bertegas, hanya akan memperkenalkan wajah wanita yang bertakhta dalam hatinya menjelang hari pernikahannya kelak.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI