fbpx
Rina ketika membuat lawatan di Institusi JKM di PPV Bergerak Pusat Jagaan Warga Emas Rumah Sejahtera Sikamat, Seremban, di sini hari ini. /FOTO MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE

Sasar 3.5 juta warga emas suntik vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seramai 3.5 juta warga emas di seluruh negara ini dijangka akan menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19 dalam tempoh dua minggu ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkata, kementerian meletak sasaran tersebut bagi memastikan seluruh warga emas berusia 60 tahun ke atas menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Sehingga 31 Mei 2021, seramai 2.1 juta atau 60 peratus warga emas telah membuat pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

” Daripada jumlah tersebut, hampir 1 juta iaitu 632,519 warga emas telah menerima dos pertama manakala sejumlah 229,462 orang warga emas telah lengkap menerima dos kedua,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan kerja dan memantau pemberian vaksin kepada warga emas yang mendapat penjagaan di Rumah Sejahtera, Sikamat di sini.

Menurut beliau, program tersebut akan berjalan secara berterusan dalam tempoh dua minggu bagi memastikan 3.5 juta warga emas membuat pendaftaran di aplikasi MySejahtera dan menerima suntikan Covid-19.

“Selain memberi kesedaran mengenai kepentingan vaksinasi dan bahaya Covid-19, pihak kementerian juga telah merangka beberapa pelan tindakan khusus,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN