fbpx

Polis panggil MP Kepong beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng serta dua lagi individu berhubung dakwaan berlakunya kejadian salah laku melibatkan tiga anggota polis yang melakukan pemerasan di Jalan Besar Kampung Melayu, Kepong di sini pada 2 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kira-kira pukul 4.50 petang tadi pihaknya telah terbaca satu berita berkenaan satu sidang akhbar yang dilakukan oleh Lip Eng pada pagi tadi berhubung perkara tersebut.

“Menerusi sidang akhbar berkenaan, Ahli Parlimen Kepong telah mendakwa berlakunya kegiatan pemerasan melibatkan tiga anggota polis terhadap dua lelaki tempatan berhampiran lampu isyarat di lokasi kejadian pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 6.45 pagi.

“Susulan dakwaan itu, pihak polis telah membuat semakan dan mendapati tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh mana-mana individu berkaitan dengan insiden tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Eng Lai, pihak polis memandang serius dakwaan itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap tiga anggota polis berkenaan sekiranya kejadian salah laku itu didapati benar-benar berlaku.

“Sehubungan itu, pihak polis akan memanggil Ahli Parlimen Kepong iaitu Lim Lip Eng dan dua orang individu berkenaan untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Noramalina Md. Jamil di talian 017-3185868 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482206,” ujar beliau.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI