fbpx

Azarenka semakin optimis buru gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZARENKA menundukkan Keys untuk mara ke pusingan keempat menempah pertemuan dengan Pavlyuchenkova awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Bekas pemain No. 1 dunia, Victoria Azarenka terus mempamerkan rentak cemerlang pada kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis selepas mudah meraih tiket ke pusingan keempat apabila menewaskan wakil Amerika Syarikat, Madison Keys awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Azarenka tidak mempunyai masalah untuk merekodkan kemenangan straight-set ke atas pilihan ke-23 kejohanan itu dengan keputusan 6-2, 6-2.

Kata Azarenka, aksi yang dipamerkan cukup sempurna de­ngan tidak memberikan sebarang ruang buat Keys mendominasi saingan sekali gus dapat melangkah ke pusingan keempat kejohanan Grand Slam buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun.

“Saya akui kini berada di puncak prestasi dan cukup berdisiplin dalam memastikan setiap pukulan balas yang dilakukan adalah tepat selain kekal agresif dengan tidak membuka ruang buat Keys mendominasi perlawanan.

“Secara jujur, aksi di gelanggang tanah liat bukanlah kegemaran saya terutama apabila tidak menyertai pada beberapa kejohanan pemanas badan se­belum saingan di Roland Garros ini, namun ia tetap tidak melemahkan sema­ngat saya untuk berikan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Azarenka akan membuat perhitungan menentang Anastasia Pavlyuchenkova pada aksi pusingan keempat hari ini selepas atlet kelahiran Rusia itu menewaskan Aryna Sabalenka dengan keputusan 6-4, 2-6, 6-0.

“Pavlyuchenkova merupakan seorang pemain yang memiliki kualiti tersendiri dan akan lebih bahaya sekiranya menentang pemain bukan pilihan kerana dia akan beraksi tanpa sebarang tekanan seperti yang ditampilkan ketika bertemu Sabalenka,” kata Azarenka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI