fbpx

Tiga PPV IPT mulakan operasi 7 dan 14 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

PUTRAJAYA  – Tiga pusat pemberian vaksin institusi pendidikan tinggi (PPV IPT) iaitu di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (@AmDI) USM akan dibuka seawal minggu hadapan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, PPV IPT UiTM Kampus Puncak Alam akan memulakan operasi pada Isnin ini manakala PPV IPT USM dan PPV IPT @AmDI akan mula beroperasi pada 14 Jun depan.

Beliau berkata, pemberian vaksin di UiTM Kampus Puncak Alam akan dibuat di Dewan Berlian yang mempunyai kapasiti 1,500 orang pada satu-satu masa bermula pukul 9 pagi sehingga 8 malam.

Menurutnya, pemberian vaksin itu akan dilaksanakan secara hibrid di mana perkhidmatan pemberian vaksin kepada orang ramai secara pandu lalu turut disediakan di Hospital UiTM yang terletak di dalam Kampus Puncak Alam.

“Bagi menyokong usaha ini, seramai 200 orang kakitangan telah digerakkan terdiri daripada petugas barisan hadapan kampus dan petugas kesihatan dari Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan.

“Perkhidmatan sukarelawan yang terdiri daripada staf, pelajar dan alumni juga mendapat sokongan yang mengalakkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, bagi PPV IPT USM, pemberian vaksin akan dijalankan bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang di Dewan Peperiksaan A dan B, Kampus Induk, USM secara hibrid dengan sasaran 400 hingga 1,000 sehari.

Beliau berkata, perkhidmatan pemberian vaksin kepada orang ramai secara pandu lalu turut dirancang bagi kes-kes tertentu seperti orang kurang upaya (OKU).

Katanya, pemberian vaksin di PPV IPT @AmDI, Bertam akan dibuat di Dewan Al- Azahari, yang mempunyai kapasiti 200 orang pada satu-satu masa dengan sasaran 1,000 orang sehari.

“USM telah menggerakkan 400 orang kakitangan iaitu petugas barisan hadapan dan sukarelawan yang terdiri terdiri daripada staf, pelajar dan juga alumni,” katanya.

Noraini berkata, tiga PPV IPT itu merupakan sebahagian daripada 19 PPV IPT yang dicadangkan oleh KPT bagi membantu PICK dalam menyediakan akses lebih luas kepada rakyat untuk divaksin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI