fbpx

‘Tidaklah sampai letak pesakit tepi jalan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. NOOR AZMI (kiri) memantau proses suntikan vaksin terhadap seorang penerima warga emas di Kerian, Bagan Serai semalam.

BAGAN SERAI – Keadaan di hospital seluruh negara terkawal walaupun penggunaan katilnya berada pada tahap sesak dan padat akibat Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sedang menggandakan usaha bagi meningkatkan kualiti rawatan terhadap pesakit Covid-19 termasuklah menambah bilangan katil di semua pusat rawatan sedia ada.

“Tahap kita ketika ini memang sangat mendesak kerana bila­ngan pesakit bertambah, justeru kementerian sentiasa mengemas kini keperluan hospital-hospital khususnya bilangan katil tambahan yang diperlukan.

“Namun, situasinya ti­daklah sampai meletakkan pesakit di tepi jalan, kaki lima, tidak mungkin kerana kita masih mempunyai kemampuan dari segi logistik,” ujar­nya pada sidang akhbar semalam.

Beliau ditemui selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kedua, Dewan Datuk Zai­nal Abidin Zin, Kerian di sini.

Beliau berkata, pihak kemen­terian sentiasa meletakkan per­kara itu sebagai keutamaan dalam perang melawan Covid-19 khususnya keperluan rawatan di hospital setiap negeri.

“Selain katil peralatan lain yang penting ialah alat bantuan pernafasan bagi merawat kes jangkitan serius.

“Pada masa sama, rawatan bagi pesakit yang bukan dijangkiti Covid-19 tetap diberi perhatian cuma bagi kes-kes Covid-19 ia lebih spesifik,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai pemberian vaksin kepada ibu me­ngandung, beliau berkata, golo­ngan itu akan diberikan vaksin jenis Pfizer.

Kata beliau, bagi melancarkan urusan mendapatkan suntikan vaksin, orang ramai disaran mengemas kini status mereka menerusi aplikasi MySejahtera.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI