fbpx

PUNB permudahkan memohon SPUR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUNB mahu membantu mereka yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19 dan baru memulakan perniagaan. – Gambar hiasan

SHAH ALAM – Permodalan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) memudahkan permohonan pinjaman Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan (SPUR) sehingga RM100,000 dengan hanya perlu mengemukakan bukti diberhentikan kerja akibat pandemik Covid-19 dan telah memulakan perniagaan.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, langkah tersebut bertujuan untuk memastikan kelangsungan perniagaan usahawan berdepan dengan situasi sukar kini.

Ia juga adalah untuk membolehkan mereka mampu membayar pinjaman selepas enam bulan menerima dana tersebut.

Menurut beliau, pihaknya juga telah meningkatkan peruntukan kewangan kepada RM50 juta berbanding RM5 juta sebelum ini.

“Syarat ketat dikenakan sebelum ini untuk membuat permohonan pinjaman biasa tetapi sekarang tiada lagi, sasaran kami kini hanya 1,000 individu bumiputera untuk SPUR.

“Ia bersifat first come first serve dengan kelulusan permohonan dalam tempoh empat minggu.

“Selain itu, kadar yang dikenakan kepada usahawan hanya 3.5 peratus setahun berdasarkan kadar baki bulanan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

SPUR yang bermula 7 Mei lalu itu terbuka kepada semua individu bumiputera berusia 18 tahun hingga 55 tahun yang telah hilang pekerjaan ketika penularan Covid-19 dan berhasrat memulakan perniagaan atau telah mempunyai perniagaan yang berdaftar selepas Mac 2020.

Jelas Noh, sehingga semalam sebanyak 2,052 pendaftaran te­lah diterima dan 124 daripadanya telah diluluskan selepas mengemukakan permohonan lengkap.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, PUNB melanjutkan moratarium secara automatik kepada pembayaran balik pinjaman sehingga 31 Disember ini berbanding sehingga 30 Jun sebelum ini.

“Pemberian penangguhan ini akan memberikan manfaat kepada 2,330 rakan usahawan di bawah PUNB.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI