fbpx
Dua lelaki ditahan selepas enggan memberi kerjasama selain mencetuskan provokasi di sekitar Pelangi Damansara di sini semalam.

Cetuskan provokasi, dua lelaki mabuk ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dua lelaki yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol mencetuskan provokasi ketika pemeriksaan mengundang padah selepas mereka ditahan di sekitar kawasan perumahan Pelangi Damansara di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.35 malam itu, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 26 dan 30 tahun turut enggan memberi kerjasama ketika ditahan dalam operasi Covid-19 itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek juga telah membuat bising dengan menuduh polis telah menganiaya mereka.

“Kedua-dua suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat selain mempertikaikan tugas anggota polis.

“Hasil semakan mendapati, lelaki berusia 30 tahun itu mempunyai satu rekod lampau atas kesalahan mencuri manakala rakannya yang berusia 26 tahun itu mempunyai dua rekod membabitkan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek telah ditahan reman dan salah seorang suspek telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.

“Polis Petaling Jaya turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai polis yang menjalankan tugas di lapangan.

“Kegagalan dalam memberi kerjasama boleh dikenakan tindakan undang-undang,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI