fbpx

Varian Nepal dikesan di Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pesakit Covid-19 bernafas menggunakan bantuan oksigen perubatan ketika tiba di luar wad kecemasan di Hospital Penyakit Tropika dan Berjangkit Sukraraj, di Kathmandu, Nepal pada 13 Mei lalu. - AFP

LONDON – Satu varian koronavirus yang dikaitkan dengan Nepal ditemui pada lebih 20 orang di Britain dan merupakan mutasi daripada varian India, lapor laman berita MailOnline.

Beberapa sumber berkata, saintis-saintis Britain sedang menyiasat virus mutan itu dan percaya ia mungkin berasal dari Nepal.

Bagaimanapun, menteri kesihatan negara itu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, mereka tidak mengetahui mengenai kewujudan sebarang varian baharu.

Pakar-pakar telah memaklumkan para menteri tentang virus baharu itu dan dipercayai telah tersebar ke beberapa negara di Eropah.

Terdapat laporan semalam bahawa varian baharu itu telah dikesan di Portugal.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Nepal, Hridayesh Tripathi memberitahu CNN bahawa laporan media mengenai varian baharu Covid-19 itu adalah palsu.

WHO agak perlahan dalam mengklasifikasikan varian baharu Covid-19 pada masa lalu dan mempunyai definisi lebih ketat mengenai sesuatu varian.

Varian Nepal dipercayai merupakan versi varian India yang mempunyai beberapa mutasi baharu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI