fbpx

Satu lori minyak hitam dibuang dalam Sungai Buluh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Buluh yang tercemar selepas disyaki berpunca daripada pembuangan sisa industri dari sebuah kilang di kawasan perindustrian Pasir Gudang, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebuah premis tanpa lesen perniagaan di kawasan perindustrian Pasir Gudang di sini diserbu sepasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang, hari ini.

JAS negeri Johor berkata, serbuan dilakukan susulan aduan orang awam yang memaklumkan kilang terbabit disyaki membuang sisa industri ke dalam Sungai Buluh.

“JAS telah menjalankan siasatan di sepanjang Sungai Buluh dan mendapati punca sisa minyak hitam dari sebuah premis tanpa lesen perniagaan yang menjalankan aktiviti jual beli produk sawit.

“Hasil siasatan mendapati pelepasan minyak dilepaskan dari satu tangki sebuah lori tangki dalam kawasan premis.

“Sebanyak empat persampelan sisa buangan telah diambil untuk dianalisa Jabatan Kimia Malaysia bagi tindakan penguatkuasaan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu berkata, pihak premis berkenaan diarahkan untuk serta-merta menjalankan pembersihan tumpahan minyak tersebut.

Katanya, kertas siasatan juga akan dibuka untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS)1974.

“JAS akan sentiasa memantau aktiviti premis dan semua pemain industri diingatkan untuk sentiasa mematuhi AKAS 1974 dan tidak melakukan sebarang pencemaran.

“Sebarang aduan pencemaran alam sekitar orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol JAS 1800882727 atau membuat aduan secara atas talian di eaduan.doe.gov.my,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI