fbpx

LV dikecam kaut untung guna budaya Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk terbaharu jenama mewah Louis Vuitton dikecam jual budaya Palestin. - Laman web rasmi Louis Vuitton

PARIS – Jenama mewah Perancis, Louis Vuitton (LV) menerima kecaman apabila memperkenalkan skarf terbaharu keluarannya yang diinspirasikan daripada selendang tradisional rakyat Palestin, Keffiyeh, lapor akhbar The Independent UK, semalam.

Skarf berharga AS$705 (RM2,906)  itu dimuat naik di platform beli-belah rasmi LV yang menggambarkannya sebagai aksesori pakaian diilhamkan daripada corak Keffeiyeh klasik dan diserlahkan dengan gaya signatur jenama berkenaan.

“Teknik tenunan kain jenis jacquard digunakan untuk membuat corak monogram yang rumit dengan kapas, bulu dan sutera.

“Aksesori yang lembut dan ringan untuk si pemakai yang menggemari gaya santai, namun mewah, ” tulis keterangan produk.

LV dituduh mengeksploitasi pakaian tradisional rakyat Palestin tanpa memberi sebarang kredit kepada masyarakat itu. – Laman web rasmi Louis Vuitton

Bagaimanapun, penjualan skarf itu menerima kritikan orang ramai yang menganggap LV sengaja mengambil kesempatan ke atas isu semasa di Palestin dan mengaut keuntungan daripadanya.

Jenama itu juga dikatakan gagal menyatakan  bahawa Keffiyeh adalah simbol nasionalisme Palestin.

“Ini satu tindakan yang kurang ajar apabila jenama tersohor menjual budaya Palestin dengan harga tidak munasabah dan langsung tidak mengakui asal usul skarf ini,” tulis seorang pengguna media sosial di Twitter.

“LV sepatutnya memberi penghargaan pada budaya Palestin yang ditiru atau boleh mengagihkan sumbangan jualan kepada penduduk Palestin yang memerlukan,” kata seorang lagi netizen.

Terdahulu, LV pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pendirian syarikat itu dalam politik adalah neutral dan tidak menyokong mana-mana pihak. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI