fbpx

Indonesia batal hantar jemaah haji tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Indonesia sekali lagi tidak menghantar jemaah haji bagi tahun ini akibat pandemik Covid-19. -SINDOnews

JAKARTA – Pemimpin Indonesia melalui Kementerian Agama (Kemenag) akhirnya membuat keputusan untuk membatalkan penghantaran jemaah haji ke tanah suci Mekah bagi tahun 2021, lapor laman berita Sindonews.

“Telah ditetapkan bahawa penghantaran jemaah haji Indonesia yang menggunakan kuota haji dan lain-lain adalah dibatalkan,” kata Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas dalam satu sidang akhbar yang diadakan hari ini.

Keputusan tersebut dibuat Kemenag selepas berbincang dengan Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI).

Antara sebab keputusan itu diambil ialah pemimpin republik itu bertanggungjawab untuk melindungi penduduknya daripada pandemik Covid-19 yang masih melanda dunia ketika ini.

Keputusan tersebut juga dibuat selepas mempertimbangkan keputusan pihak berkuasa Arab Saudi yang belum menjemput kerajaan Indonesia berkenaan pelaksanaan ibadah haji.

“Kami memutuskan untuk mengikut keputusan Menteri Agama berkenaan pembatalan penghantaran jemaah haji bagi tahun 2021,” kata kementerian itu. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI