fbpx

Vietnam gantung ketibaan penerbangan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAWAT memakai pelitup muka di balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi pada 2 Februari 2020. - AFP

HANOI – Lapangan terbang antarabangsa di ibu kota Vietnam akan menggantung penerbangan masuk dari luar negara mulai 1 Jun 2021, kata pihak berkuasa negara itu ketika Vietnam berdepan gelombang baharu koronavirus.

Kes Covid-19 di Vietnam meningkat lebih dua kali ganda sejak sebulan lalu, manakala menteri kesihatan negara itu menyatakan semalam bahawa pihak berkuasa menemui varian hibrid baharu yang sangat mudah berjangkit. Varian baharu itu merupakan gabungan varian India dan varian Britain.

Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam(CAAV) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa penggantungan sementara kemasukan penerbangan antarabangsa membawa penumpang itu akan bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai pada tengah malam ini hingga 7 Jun ini.

Sebelum pengumuman hari ini, negara komunis itu telah mengehadkan kemasukan warga asing dengan setiap pelawat perlu menjalani kuarantin mandatori selama 21 hari di fasiliti  kendalian pemerintah.

Sembilan daripada 23 penerbangan ke Noi Bai hari ini membawa penumpang, manakala bakinya mengangkut barang.

Sementara itu, penerbangan keluar akan diteruskan tetapi kenyataan sama tidak menyebut sama ada penggantungan itu turut  melibatkan penerbangan domestik. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI