fbpx

67 lagi kematian akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 67 lagi kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 2,796 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam ciapan Twitter memaklumkan, kes baharu pula merekodkan sebanyak 6,824 kes termasuk tiga daripadanya kes import, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 572,357 kes.

“Selain itu, angka kes aktif dengan kebolehjangkitan juga terus merekodkan peningkatan dengan 79,523 kes.

“Terdapat 851 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 422 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurut ciapan tersebut di sini hari ini.

Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 5,251 kes dengan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 490,038 kes. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI