fbpx

Pas serah kepada polis siasat kes Mohd. Khairuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU – Pas menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis untuk menyiasat kes melibatkan Ahli Parlimen daripada parti itu, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang dipercayai melakukan kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran Ahad minggu lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak berkuasa mengenai insiden itu.

“Bagi pihak Pas, kita akan akur kepada undang-undang. Sekiranya ada dalam kalangan pemimpin parti melakukan kesalahan, kita akan serahkan kepada pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, individu yang dituduh dan dikatakan melakukan kesalahan itu berhak untuk membela diri. Seseorang itu, masih belum bersalah sehingga dia terbukti melakukan kesalahan itu,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu, Jalan Bayam di sini hari ini.

Terdahulu, polis semalam mengesahkan telah memeriksa Mohd. Khairuddin yang juga merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman pada Ahad minggu lalu.

Polis Terengganu juga mengesahkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu diperiksa melibatkan kebenaran merentas negeri oleh anggota keselamatan bertugas di SJR berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI