fbpx

Dua ceti haram diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara perbuatan khianat yang dilakukan dua lelaki yang terlibat dalam kegiatan ah long di sekitar daerah Batu Pahat dan Kluang, Johor.

BATU PAHAT – Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kegiatan pinjaman wang tanpa lesen atau ah long yang aktif di sekitar daerah ini dan Kluang.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kedua-dua suspek dipercayai terbabit dalam melakukan perbuatan khianat dengan membaling bom petrol serta menyimbah cat merah di rumah kedai atau kediaman mangsa.

“Susulan sembilan laporan diterima berkaitan peras ugut yang membabitkan perbuatan khianat oleh ah long, dua lelaki berjaya ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar Bakri, Muar. Suspek pertama berusia 37 tahun di sebuah kediaman pada 27 Mei.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan tersebut iaitu satu tin cat berwarna merah serta pakaian digunakan suspek semasa kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah dan kini direman selama tiga hari.

Ismail berkata, susulan tangkapan pertama, polis kemudian berjaya mengesan seorang lagi rakan jenayahnya yang merupakan suspek utama berusia 40 tahun di kawasan Bakri, Muar, semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI