fbpx

Tiga bot nelayan Vietnam ditahan APMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rashidilhadi (kiri) menunjukkan dokumen lesen kebenaran menangkap ikan yang disyaki palsu berikutan penahanan tiga bot nelayan Vietnam pada sidang akhbar di Zon Maritim Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Taktik tiga bot nelayan Vietnam menyamar sebagai bot tempatan dengan menggunakan nombor pendaftaran disyaki palsu gagal apabila helah itu berjaya dikesan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Bot nelayan asing itu dipercayai akan memasang semula nombor pendaftaran asal masing-masing sebaik tiba di jeti pendaratan di Vietnam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, Kapal Maritim (KM) Gemia yang sedang melakukan rondaan rutin telah terserempak dengan ketiga-tiga bot itu dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 31 hingga 35 batu nautika dari Kuala Kemaman dekat sini.

Beliau berkata, tiga bot nelayan Vietnam tersebut telah ditahan antara pukul 4.10 pagi hingga 4.50 pagi.

“Kesemua bot itu dikesan menangkap hasil laut di perairan negara dalam keadaan mencurigakan kerana ciri dan struktur fizikalnya menyerupai bot nelayan Vietnam walaupun menggunakan nombor pendaftaran tempatan.

“Pemeriksaan lanjut mengesyaki nombor pendaftaran tempatan itu adalah palsu berikutan penemuan nombor pendaftaran lain yang didaftarkan di Vietnam,” katanya pada sidang akhbar di Zon Maritim Kemaman dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, Rashidilhadi memberitahu APMM dengan kerjasama Jabatan Perikanan untuk menyiasat kemungkinan penglibatan pengusaha bot nelayan tempatan yang membenarkan nelayan asing menggunakan lesen mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata pemeriksaan juga mendapati kesemua 24 nelayan Vietnam berusia dalam lingkungan 20 hingga 44 tahun telah mengemukakan dokumen pengenalan diri, permit kerja dan lesen menangkap ikan yang meragukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI