fbpx

Serbu setengah jam awal sebelum pasar raya buka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai bersama troli masing-masing menunggu memasuki pasar raya NSK Sentosa, Klang FOTO: ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – Pengumuman ‘total lockdown’ bermula Selasa ini menyebabkan penduduk di sekitar daerah ini dilihat berpusu-pusu menyerbu beberapa pasar raya seawal pagi, hari ini.

Malah, terdapat juga pengguna sanggup beratur setengah jam awal daripada waktu perniagaan pasar raya bermula pukul 8 pagi.

Seorang petugas pasar raya Econmart di Taman Sentosa enggan dikenali memberitahu, kehadiran pengunjung didapati luar biasa namun pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tetap dilaksanakan dengan hanya 60 pelanggan dibenarkan pada satu-satu masa.

“Berdasarkan kiraan, lebih daripada 300 pelanggan telah memasuki pasar raya ini sejak pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari tadi.

“Kebanyakan pelanggan membeli barangan keperluan termasuk ayam, ikan, roti, tisu dan sebagainya,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Hasil tinjauan Kosmo! di pasar raya NSK Sentosa pula mendapati pelanggan beratur sepanjang 30 meter bagi menunggu giliran masuk.

Menurut seorang pelanggannya, N.Suchitra,45, pembelian awal bagi mengelakkan
berebut-berebut membeli pada saat akhir.

“Orang kita memang suka membeli pada saat akhir dan saya bimbang jumlah kehadiran akan meningkat sehari sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sepenuhnya pada Selasa ini,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI