fbpx

De Gea ingkar nota arahan pasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA gagal menyelamatkan semua sepakan penalti Villareal selain gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk United. – AFP

MANCHESTER – Penjaga gol Manchester United, David De Gea mampu menghadiahkan kejuaraan Liga Europa kepada gergasi Liga Perdana Inggeris itu jika dia mengikut setiap arahan nota sepakan penalti yang diberikan kepadanya.

De Gea, 30, mengikut arahan nota itu dalam lima sepakan pe­nalti sebelum dia mengambil tindakan sebaliknya ketika sepakan keenam sewaktu aksi final menentang Villarreal di Arena Gdansk kelmarin.

Penjaga gol Sepanyol itu di­arahkan kekal di bahagian te­ngah ketika pemain Villarreal, Moi Gomez mengambil sepakan penalti tetapi memilih untuk ‘terbang’ ke sebelah kirinya.

Bukan itu sahaja, Edinson Cavani juga dipercayai telah berbisik kepada De Gea memberitahu perkara berkenaan sebelum Gomez mengambil sepakan keenam Villarreal.

Gara-gara terlalu me­ngikut naluri dan enggan mengikuti arahan, De Gea gagal menyelamatkan sepakan Gomez sebelum dia juga gagal me­nyempurnakan penalti terakhir meng­akibatkan United tewas 10-11 selepas terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit.

Bagaimanapun, hanya tiga daripada 10 pengambil sepakan penalti Villarreal melakukan sepakan mengikut nota yang diberikan kepada De Gea termasuk Gomez.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer enggan mengakui kesilapan strateginya menurunkan De Gea berbanding penjaga gol kedua, Dean Henderson yang mempunyai rekod lebih cemerlang apabila berhadapan situasi sepakan penalti.

“Saya ada terfikir sebelum perlawanan tamat tetapi kami yakin dengan kemampuan De Gea. Apa sahaja boleh terjadi dalam penentuan sepakan pe­nalti, jadi saya pilih De Gea,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI