fbpx

HLB catat untung bersih RM2.17 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Inisiatif berterusan HLB dalam melaksanakan strategi, pengurusan kos yang cermat dan pertumbuhan pinjaman serta pengewangan berdisiplin menjadi faktor kepada peningkatan hasilnya.

PETALING JAYA – Hong Leong Bank Berhad (HLB) menca­tat keuntungan bersih seba­nyak RM2.17 bilion untuk sembilan bulan pertama tahun kewangan 2021 berakhir 31 Mac lalu,naik 12.8 peratus berban­di­ng RM1.93 bilion tempoh sama tahun lalu.

Bagi keputusan untuk suku ketiga pula, bank itu mencatat kenaikan dalam keuntungan bersihnya kepada RM771.47 juta berbanding RM543.79 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Domenic Fuda berkata, ­prestasi menggalakkan itu dipacu oleh faktor usaha berterusannya dalam melaksanakan strategi, pengurusan kos yang cermat, pertumbuhan pinjaman, pengewangan berdisiplin dan pengurusan proaktif pe­langgan yang menghadapi gangguan aliran tunai atau pendapatan disebabkan pandemik.

Menurut beliau, berdasarkan faktor tersebut, pertumbuhan pinjaman dan pengewangan kasarnya meningkat 7.3 peratus tahun ke tahun.

“Ini disokong oleh aktiviti ekonomi yang melonjak semula selain disokong oleh perbelanjaan sektor awam dan swasta yang meningkat bersama pendanaan yang dikeluarkan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta perniagaan korporat.

“Selain menyediakan bantuan yang diperlukan kepada pelanggan, kami juga secara konsisten memantau kualiti aset, menamatkan suku tahun dengan nisbah pinjaman susut nilai kasar (GIL) yang stabil,” katanya dalam kenyataan yang dike­luarkan semalam.

Hasil HLB untuk sembilan bulan pertama meningkat 15.4 peratus tahun ke tahun kepada RM4.14 bilion, disokong oleh perkembangan dalam pinjaman/pengewangan dan pengurusan aset-liabiliti yang cermat.

Pendapatan faedah bersih­nya meningkat untuk suku ketiga berturut-turut kepada RM1.10 bilion pada suku ketiga, tumbuh 30.6 peratus tahun ke tahun hasil usaha berterusannya dalam menguruskan kos pendanaan dan pengemba­ngan pinjaman/pengewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI