fbpx

3,486 penduduk Felda Redong ‘dikurung’ hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Serbaguna Felda Redong 1, Segamat dijadikan tempat ujian saringan Covid-19 bagi mengesan Kluster Redong 1.

SEGAMAT – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di Felda Redong 1, Mukim Labis, Segamat bermula hari ini sehingga 9 Jun depan.

Menurut Pegawai Daerah Segamat, Nasri Md. Ali, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat akan mengambil alih pengurusan di dalam Kawasan PKPD Felda Redong.

“Sehingga pukul 10 pagi hari ini, Kluster Redong 1 mencatatkan sebanyak 98 kes positif daripada 657 saringan yang dilaksanakan.

“Manakala 283 negatif dan 276 lagi masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, ujian saringan dan pengesanan kontak masih dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Segamat.

Katanya, Bilik Gerakan PKPD Felda Redong telah diaktifkan bermula semalam bagi menyelaras pengurusan dalam kawasan PKPD yang diketuai oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat.

“Daripada data yang diterima oleh Bilik Gerakan, seramai 3,486 orang berada dalam Kawasan PKPD Felda Redong,”katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengetuai hal berkaitan keselamatan yang akan dibantu oleh Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Tentera Malaysia. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI