fbpx

Wanita cedera hampir diperkosa lelaki tidak dikenali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran wajah suspek yang sedang diburu polis selepas mencabul kehormatan seorang wanita di kawasan parkir sekitar Kota Damansara pada Isnin lalu.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik hitam selepas hampir diperkosa seorang lelaki tidak dikenali di kawasan tempat letak kereta sekitar Kota Damansara pada Isnin lalu.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia 21 tahun itu berada di luar kereta sebelum ditolak suspek dari arah belakang sehingga menyebabkan mangsa jatuh terlentang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek kemudian telah bertindak menindih badan mangsa sambil meraba tubuh badan dan cuba membuka baju wanita berkenaan.

“Mangsa yang ketakutan itu telah meronta dan menjerit meminta tolong menyebabkan suspek bertindak menumbuk muka mangsa berkali-kali.

“Mangsa yang berjaya melepaskan diri telah menekan hon kereta menyebabkan suspek panik dan suspek melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami kecederaan bengkak dan lebam pada mukanya dan telah membuat laporan polis pada hari kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

“Siasatan awal mendapati, mangsa telah berselisih dengan suspek ketika berjalan kaki menuju ke keretanya yang diparkir dalam sebuah bangunan komersial di kawasan tempat letak kereta di sekitar Kota Damansara.

“Suspek dipercayai warga tempatan berasal dari Sabah berusia 25 tahun, berketinggian kira-kira 165 sentimeter dan mempunyai tatu penuh di tangan kanan,” jelasnya.

Usaha memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan serta Seksyen 323 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan kepada mangsa. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI