fbpx

628 individu ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 628 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 609 individu dikompaun manakala 19 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (162) dan gagal merekod butiran diri atau mendaftar masuk premis (158).

“Turut dilakukan ialah tidak patuh arahan kawalan pergerakan (80), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (61), tiada penjarakan fizikal (47) dan lain-lain (120),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Op Benteng semalam turut menangkap 26 pendatang asing tanpa izin dan merampas tiga buah kenderaan berat.

“Dalam operasi itu juga, sebanyak 182 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI