fbpx

PKP 3.0: Jumaat 12 jemaah, fardu 4 jemaah seluruh Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 12 jemaah sahaja dibenarkan untuk solat Jumaat di masjid dan empat jemaah bagi solat fardu di surau seluruh negeri Johor bermula esok.

JOHOR BAHRU – Seramai 12 jemaah sahaja dibenarkan untuk mengikuti sesi solat Jumaat dan empat jemaah bagi solat fardu di masjid dan surau negeri ini bermula esok ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, perkara itu diputuskan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Mainj) dengan perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Jelasnya, arahan mengehadkan bilangan jemaah itu akan berkuatkuasa bermula esok sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Ekoran peningkatan kes Covid-19 di Johor, jumlah jemaah solat Jumaat dihadkan seramai 12 orang dari kalangan ahli jawatankuasa pengurusan tidak termasuk bilal, imam dan noja.

“Sementara bagi solat fardu, hanya empat jemaah terdiri daripada kalangan imam, bilal dan noja sahaja.

“Jarak antara saf hendaklah diselangkan manakala ruang solat bagi golongan musafir tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI