fbpx

48,261 kanak-kanak telah dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 48,261 orang kanak-kanak dan bayi di seluruh negara telah dijangkiti Covid-19 sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 6,290 merupakan bayi berumur 18 bulan dan ke bawah.

“Perkembangan terbaru ini amat membimbangkan dan seharusnya menjadi ‘wake up call’ kepada semua pihak terutama ibu bapa.

“Kita sebagai orang dewasalah yang bertanggungjawab melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Ismail Sabri berkata, selain memberi penekanan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP), orang ramai perlu melakukan sekatan pergerakan kendiri bagi mengelak diri, anak-anak dan ahli keluarga daripada dijangkiti Covid-19.

“Ibu bapa perlulah mengawasi anak-anak seperti mengelakkan mereka bermain di luar rumah, memakai pelitup muka serta kerap menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI