fbpx

Dhaarma dilantik Pengarah Teknikal Hoki Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DHAARMA dilantik sebagai Pengarah Teknikal Federasi Hoki Indonesia (FHI) berkuat kuasa hari ini sehingga 2025. FB TEAM MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Bekas ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Federasi Hoki Indonesia (FHI) berkuatkuasa hari ini sehingga 2025.

Dhaarma kini sudah tidak sabar untuk memulakan tugasan baharunya dengan memasang impian untuk menaikkan ranking dunia Indonesia selepas FHI menjadi ahli gabungan baharu dalam Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

“Saya akan menjalankan tanggungjawab ini dan cuba meningkatkan ranking Indonesia di benua Asia dan dunia,” kata Dhaarma yang dipetik daripada laporan portal Indonesia, Tribunsport.

Dhaarma yang turut dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan hoki kebangsaan Indonesia, bertekad untuk memastikan skuad dalam dewan lelaki Indonesia mampu melonjak ke ranking kelapan Asia daripada No. 14 ketika ini.

Beliau juga mahu melihat skuad dalam dewan wanita negara republik berkenaan mengekalkan keddudukan mereka pada tempat ketujuh Asia.

Ia bukan satu tugas mudah buat Dhaarma yang akan menghadapi empat pertandingan peringkat Asia iaitu Piala Hoki Dalam Dewan Asia buat lelaki dan wanita selain Piala Asia lelaki serta wanita dijadualkan di Jakarta pada November depan.

Sebagai rekod, Dhaarma mula dilantik sebagai Pengarah Teknikal Hoki Jawa Barat pada tahun lalu selepas memilih untuk tidak memohon semula jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan wanita kebangsaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI