fbpx

Campak daun ketum ke laut sebelum lolos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu bungkusan mengandungi daun ketum yang dicampakkan penyeludup ke laut selepas dikejar bot ronda APMM di perairan Kuala Perlis pada semalam.

KUALA PERLIS – Seorang lelaki bertindak mencampakkan 17 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum seberat 255 kilogram (kg) setelah menyedari kehadiran bot ronda Maritim Malaysia (APMM) pada kedudukan tiga batu nautika barat daya muara Kuala Perlis di sini semalam.

Suspek sebelum itu dilihat mengemudi bot kayu enjin sangkut bergalah tanpa nombor pendaftaran dari Pulau Ketam di sini menghala sempadan perairan Malaysia-Thailand kira-kira pukul 6.40 petang.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Shafie Paing berkata, berdasarkan risikan dan intipan, aset-aset APMM diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk melakukan serbuan ke atas bot-bot yang disyaki menyeludup dadah dan daun ketum.

“Zon Maritim Kuala Perlis mengatur gerak pasukan operasi ke sekitar lokasi itu dan telah mengesan sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan sedang keluar dari Pulau Ketam.

“Sebaik menyedari dikejar pihak berkuasa, suspek bertindak mencampakkan bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum ke laut sebelum menukar laluan untuk melarikan diri ke kawasan daratan berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan dan tinjauan di kawasan tersebut menemui 17 bungkusan mengandungi daun ketum seberat 255 kg dianggarkan bernilai RM45,900. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI