fbpx

PSM masih ‘hidup’ di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASA depan sukan sepak takraw negara menjadi tidak menentu selepas Astaf membuat keputusan menyingkirkan PSM sebagai ahli gabungan.

PESURUHJAYA Sukan (PJS), Ibrahim Mohd. Yusof menjelaskan, pendaftaran Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) masih sah di Malaysia meskipun telah disingkirkan daripada menjadi ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).

Ibrahim menyifatkan PSM masih boleh melakukan aktiviti-aktiviti pembangunan sukan termasuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) sekiranya mempunyai dua per tiga daripada ahli gabungannya.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata, pihaknya enggan mencampuri urusan dalaman PSM, sebaliknya menunggu dan lihat tindakan badan induk sukan sepak takraw negara itu yang mempunyai masa 14 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Astaf.

“Kita menghormati keputusan Astaf, sekarang kita tunggu dan lihat tindakan PSM sama ada mengemukakan rayuan ataupun tidak. Harapnya PSM ambil ruang ruang ini kemuka rayuan.

“Pendaftaran PSM di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 di Malaysia. Selagi tak dibatalkan, ia masih badan sukan yang sah dan boleh melakukan aktiviti di Malaysia tetapi penglibatan di peringkat antarabangsa mungkin terhad.

“PSM boleh beroperasi kerana akta digunakan di Malaysia. Setiap badan (sukan) perlu berdasarkan kepada perlembagaan, bukan apabila disingkirkan daripada Astaf, secara automatik terbubar,” katanya dalam satu sidang akhbar semalam.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan Astaf telah menyingkirkan PSM berkuatkuasa serta merta, namun perlu membayar AS$2,000 (RM8,291) proses rayuan sekiranya PSM memilih untuk membuat rayuan.

Terdahulu, Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, digantung 15 tahun dan didenda AS$25,000 (RM102,900) selepas bersalah dalam empat pertuduhan termasuk pelanggaran Artikel 5.5 undang-undang Astaf.

Ia susulan Tok Mat atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden Astaf menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa meminta campur tangan terhadap keputusan pemilihan Kongres Astaf pada 1 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI