fbpx

United mahu ‘borong’ pemain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAVANI (kanan) berpeluang memenangi anugerah gol terbaik EPL musim ini menerusi jaringan menariknya ke atas Fulham hasil rembatan jarak jauh di Old Trafford awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan penyerang baharu musim depan meskipun Edinson Cavani telah menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan itu sehingga Jun 2022.

The Red Devils dilaporkan masih berharap untuk mendapatkan beberapa muka baharu pada jendela perpindahan pemain bulan depan dengan sasaran utama adalah di bahagian serangan dan sayap kanan.

“Benar Edi (Cavani) telah menandatangani perjanjian baharu tetapi kami tidak mempunyai ramai penyerang yang bagus dalam pasukan ketika ini.

“Namun, saya juga tidak boleh katakan bahawa kami akan membeli penyerang baharu kerana kami sedang membina pasukan ke arah yang lebih bagus untuk masa depan.

“Kami masih belum mencapai apa yang kami mahukan walaupun berjaya berada dalam kelompok tiga teratas selama dua musim berturut-turut. Saya harap kami mampu menjadi pencabar utama jika mempunyai sebuah skuad yang mantap,” kata Solskjaer.

Cavani, 34, terus membuktikan ketajamannya buat United apabila menjaringkan gol menarik daripada jarak jauh ketika seri 1-1 dengan Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford awal pagi semalam.

Solskjaer tanpa berselindung mengakui, jaringan daripada Cavani pada minit ke-15 itu layak dinobatkan sebagai jaringan terbaik EPL musim ini.

Keputusan seri tersebut secara tak langsung telah mengesahkan kedudukan United di tempat kedua dengan kelebihan empat mata mengatasi pasukan tangga ketiga, Chelsea ketika saingan EPL musim ini cuma berbaki satu perlawanan lagi sebelum tamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI