fbpx

80 peratus petugas sukarelawan PPV divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG- Seramai 80 peratus daripada 1,306 sukarelawan yang telah bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara telah menerima vaksin Covid-19.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal berkata, peserta program itu diwajibkan disuntik vaksin sebelum dibenarkan bertugas di mana-mana PPV.

“Dianggarkan seramai 13,455 belia telah berdaftar menjadi sukarelawan myVAC sehingga hari ini, dengan 1,306 sukarelawan telah bertugas di PPV seluruh Malaysia.

“Kita menjangkakan hampir semua sukarelawan ini akan bertugas dalam fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya selepas melawat PPV di Pangsapuri Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kapar, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau turut melawat sebuah lagi PPV di Dewan Sukan Pandamaran bagi melihat pelaksanaan pemberian vaksin kepada orang awam.

Sementara itu, Wan Ahmad Fahysal memuji Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) kerana menyediakan PPV dengan teratur serta sistematik.

“Saya harap PPV negeri lain boleh mencontohi Selangor dan yakin mereka boleh melakukan perkara sama,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI