fbpx

Astaf buat keputusan singkirkan PSM 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASA depan sukan sepak takraw negara terumbang ambing ekoran digugurkan daripada menjadi ahli gabungan Astaf.

MASA depan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) kelam apabila digugurkan daripada menjadi ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) berkuatkuasa serta merta.

Keputusan menggugurkan PSM daripada badan induk sepak takraw Asia itu dibuat secara sebulat suara menerusi sesi perbicaraan atas talian meskipun PSM sebelum ini tidak memghantar wakil untuk hadir mendengar sesi pendengaran tersebut.

Pengerusi Panel Pendengaran Tatatertib Astaf, Yogender Singh sebentar tadi mengakui keputusan tersebut dicapai secara sebulat suara dalam sesi perbicaraan yang turut dihadiri wakil dari India, Indonesia, Iran, Jepun, Malaysia, Pakistan, dan Thailand menerusi aplikasi Zoom. 

“PSM didapati bersalah kerana melanggar perjanjian bertulis kepada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) dan Astaf pada 14 Mac 2008.

“Selepas mendengar pertuduhan yang dijatuhkan oleh pihak pendakwaan dan juga tiga saksi yang mengadili, panel pendengaran bersetuju dan mengesyorkan tindakan tatatertib kepada PSM. 

“PSM dilucutkan daripada menjadi ahli gabungan Astaf berkuatkuasa serta merta,” katanya.  

Berikutan keputusan tersebut, Astaf turut menegaskan PSM mempunyai masa 14 hari untuk mengemukakan rayuan terhadap tuduhan berkenaan. 

Sekiranya PSM memilih untuk membuat rayuan mereka perlu membayar AS$2,000 (RM8,291) bagi proses rayuan berkenaan.

Sebelum ini Astaf melalui Jawatankuasa Eksekutifnya sebulat suara meneruskan prosiding tatatertib terhadap PSM kerana melanggar perjanjian. 

PSM dan presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail didapati tidak mengikut perjanjian untuk mematuhi objektif Istaf dan perlembagaan Astaf.

Ahmad sebelum ini digantung 15 tahun dan didenda AS$25,000 (RM102,900) selepas didapati bersalah dalam empat pertuduhan termasuk pelanggaran Artikel 5.5 undang-undang Astaf iaitu menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk meminta campur tangan keputusan pemilihan Kongres Astaf pada 1 Mac lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI