fbpx

‘Spiderman’ bertanjak, bersampin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOSTUM Spiderman yang dipakai bersama tanjak dan sampin oleh Shah Alif Akmal Zubir, 19, menarik perhatian orang ramai untuk membeli pati teh ais jualannya di tepi jalan utama di Taman Tanjung, Port Dickson, semalam.

Oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

PORT DICKSON – Individu memakai kostum adiwira bagi menjual pelbagai produk makanan dan minuman di tepi jalan raya bukanlah pemandangan luar biasa lagi.

Namun bagi mencipta kelainan dan sempena sambutan Aidilditri,’adiwira Spiderman’ di Port Dickson turut mengenakan tanjak dan sampin sebagai menarik perhatian orang ramai.

Menurut Muhamad Effendi Muhamad Zubir, 35, dia telah menjual pati teh ais di daerah ini sejak lima bulan lalu bersama adik-beradiknya yang lain.

Jelasnya, sama seperti hanya memakai kostum Spiderman, tambahan aksesori seperti sampin dan tanjak turut berjaya menarik orang ramai untuk singgah di gerai jualannya itu.

“Kami telah mula pakai kostum Spiderman dengan sampin dan tanjak sejak hari raya kedua yang lalu. Alhamdulillah, ramai yang teruja dan berhenti beli pati teh ais kami

“Selepas itu, mereka juga tidak ketinggalan untuk bergambar dengan kami. Walaupun perayaan Aidilfitri kali ini hanya disambut sederhana, saya lihat cara kami kali ini sedikit sebanyak dapat memberikan keceriaan kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui di tepi jalan utama Taman Tanjung, di sini semalam.

Menurut Muhamad Effendi, dia dan adik-beradiknya akan terus memakai kostum Spiderman dengan tanjak dan sampin selama sebulan Aidilfitri kali ini.

“Kami buka gerai di tiga lokasi iaitu di Batu 5 Jalan Pantai, Bagan Pinang dan Taman Tanjung.

“Walaupun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengunjung dari luar tidak dapat datang ke sini, jualan pati teh ais ini masih memberangsangkan, dan saya sangat berterima kasih kepada penduduk Port Dickson yang memberikan sokongan,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN