fbpx

Langgar SOP, PDRM tidak akan berkompromi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan akan mengambil tindakan tegas selaras dengan peraturan yang ditetapkan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sejak kebelakangan ini, PDRM mengesan segolongan masyarakat yang menyalahgunakan atau memalsukan kebenaran merentas daerah dan negeri.

“PDRM akan terus mengawasi serta mengehadkan pergerakan terutamanya yang melibatkan rentas daerah dan negeri dalam usaha melaksanakan ketetapan kerajaan untuk terus mengekang penularan wabak Covid-19.

“PDRM juga akan lebih teliti dalam mempertimbangkan kelulusan kebenaran rentas daerah dan negeri yang dipohon,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan yang ditetapkan terhadap mana-mana pihak yang melanggar SOP.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan bersama-sama memainkan peranan dalam mengekang penularan wabak ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI