fbpx

Hotel Tenera nafi terlibat isu buang biskut raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kuih raya yang ditemui dibuang di Jalan Kampung Baharu Jenderam, Dengkil pada Ahad lalu.

PETALING JAYA – Hotel Tenera menafikan terlibat dengan isu tular pembuangan biskut raya di Jalan Kampung Baharu Jenderam, Dengkil baru-baru ini.

Hotel tersebut dalam satu kenyataan berkata, merujuk kepada gambar-gambar dikongsikan netizen, jelas menunjukkan bahawa bekas-bekas biskut raya tersebut adalah keluaran 2020.

Katanya, pengedaran biskut raya serta serahan sepenuhnya telah selesai dilakukan mereka kepada pihak-pihak terlibat pada September 2020.

“Pengurusan Hotel Tenera juga menegaskan bahawa tiada stok lebihan yang masih ada dalam simpanan untuk keluaran 2020,” katanya semalam.

Hotel Tenera menegaskan, mereta mengecam sekeras-kerasnya kegiatan tidak berhemah yang telah dilakukan pihak tertentu dalam pelupusan sisa domestik tersebut.

“Ia sama sekali bertentangan dengan pendirian pengurusan Hotel Tenera terhadap kelestarian alam sekitar.

“Justeru itu, pengurusan Hotel Tenera menyeru agar mana-mana saksi tampil dalam memberikan maklumat sewajarnya bagi menangani isu yang sedang tular ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI